Tentang Bioinformaticshome.com - Pakar
Martti T. Tammi
a.k.a Dr. Martti.
Saya menerima Ph.D. pada tahun 2002 di Fakulti Perubatan Uppsala Universitet dan meneruskan kerjaya sebagai penyelidik pasca siswazah di Medical Nobel Institute, Karolinska Institutet di Stockholm. Pada tahun 2004, saya telah menyertai penyelidikan bioinformatik di dua jabatan iaitu Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, National University of Singapore. Pada masa yang sama, saya juga mengajar dan mengetuai kumpulan penyelidikan di universiti-universiti lain seperti di Sweden dan di sekitar kawasan Asia-Tenggara seperti di Thailand, Korea Selatan, Malaysia, dan Filipina. Pada tahun 2012, saya menerima pelawaan untuk menubuhkan unit penyelidikan bioinformatik di Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. di Malaysia.
Kini, setelah banyak tahun didalam bidang ini, saya seorang usahawan dengan cita-cita yang besar. Sejak 1990-an, tumpuan yang makin meningkat kepada aplikasi penjujukan DNA di dalam bidang perubatan dan kesihatan telah membangkitkan kesedaran keatas kepentingan pengurangan kos dan pengunaan ubat yang sesuai untuk individu. Dengan pengalaman dan kepakaran algoritma, saya yakin saya boleh menyumbangkan kepakaran saya di dalam bidang ini.
Pada tahun 2003, data urutan genom haploid manusia sudah diselesaikan, namun terjemahan data urutan genom manusia ini masih satu teka-teki. Sejak itu, pelbagai kumpulan di seluruh dunia telah menyelesaikan berjuta-juta urutan genom untuk menerokai rahsia Biologi.
Artikel jurnal saintifik.
Buku dan buku bab.
Dr. Khang Tsung Fei
Saya seorang ahli statistik yang menikmati seni cerita berasaskan data. Kini, saya berkerja sebagai pensyarah kanan di Institut Sains Matematik di Universiti Malaya, Malaysia.
Minat saya kepada biologi dan perubatan telah mendorong saya untuk bekerjasama dan konsultasi dengan ahli biologi dan doktor. Ini adalah satu aspek kerja yang saya nikmati. Saya bekerja dengan pelbagai jenis data, contohnya penjujukan DNA, morfologi, ekologi dan data klinikal, untuk menghasilkan analisis bersepadu. Saya juga menghargai betapa pentingnya peranan para pemungut data dan penggunaan statistik yang bijak adalah kunci analisis yang bermakna.
Dr. Lloyd Low
Saya kini seorang Penyelidik Sains Data Bioinformatik di Pusat Penyelidikan Davies, University of Adelaide. Sebelum ini, saya memegang jawatan sebagai Assistant Profesor dan Ketua Produk dan Perkhidmatan di Perdana Universiti bahagian Bioinformatik (PU-CBi), Sains Data. Saya menerima Ph.D. dalam bidang Genetik dari University of Melbourne, Australia dan pernah berkerja sebagai penyelidik pasca siswazah di Monash University. Minat saya terhadap bidang statistik telah mendorong saya untuk meneruskan pengajian separuh masa di dalam kursus diploma postgraduate di Biostatistik, Kerjasama Biostatistik Australia (BCA).
Penyelidikan saya adalah lebih tertumpu kepada bidang “Next Generation Sequencing” (NGS), penyelesaian genom, gen annotasi, evolusi molekul, dan perbandingan pelbagai genom. Spesies yang saya pernah kaji termasuk lalat, cacing, manusia, monyet, bakteria, kerbau, dan lembu. Saya banyak menulis artikel penyelidikan di jurnal peringkat antarabangsa yang diiktiraf dan saya banyak menyertai dan mengucap di persidangan antarabangsa, dan baru-baru ini saya telah menulis satu buku panduan praktikal mengenai NGS. Saya mempunyai dua paten dalam bidang bakteria probiotik dan analisis genomik yang berkaitan dengan genom probiotik. Saya juga ada pengalaman di bidang pendidikan e-Pembelajaran Biologi dan saya pernah mengajar subjek bioinformatik, biostatistik, dan genetik kepada pelajar siswazah dan tingkat yang lebih tinggi. Saya juga aktif mengajar di pelbagai bengkel mengenai NGS dan biostatistik di sekitar kawasan Asia-Tenggara dan Australia.
Mr. Patrick Le
Currently, I serve as a website developer for a prominent Australian business bank, where I am deeply engaged in building and developing applications to meet the bank's digital needs. I also have had the privilege of acting as a technical consultant for a range of projects, each offering unique challenges and rewards. One of my standout experiences was spearheading an app development project for a renowned German food company, which eventually led to my promotion to Chief Technology Officer (CTO) of the venture.
Apart from this, I have contributed to the creation of a website dedicated to chatbot technology and another focusing on the captivating world of biotechnology. For bioinformaticshome.com, my role is to lead and manage some technical aspects, ensuring a seamless and cutting-edge online experience.
Sendng mail